in ,

Anugerah Merit Ibn Khaldun buat petugas barisan hadapan

GOMBAK: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan memberikan Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global kepada petugas barisan hadapan.

Penganugerahan itu mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Ketua Perlembagaan UIAM untuk turut berkenan berangkat mencemar duli dan menyampaikan anugerah itu.

Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata penganugerahan itu sebagai tanda penghargaan tertinggi kepada barisan hadapan yang berterusan bertungkus-lumus memerangi dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Beliau berkata, penganugerahan itu sedikit sebanyak menjadi pemangkin dan menaikkan semangat barisan hadapan dalam menjalankan tugas.

Katanya, majlis penganugerahan akan diadakan di UIAM Kampus Gombak dan berlangsung pada satu tarikh yang akan ditetapkan November ini dengan berpandukan kepada keadaan dan situasi penularan pandemik COVID-19.

“Majlis ini akan dijalankan pada skala yang kecil dan mengikut kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dengan merujuk kepada nasihat KKM dan MKN dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkifli berkata, ia adalah penganugerahan kali ketiga yang mana sebelum ini antara penerimanya ialah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 2018 dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 2019.

Anugerah Merit Ibn Khaldun UIAM yang diperkenalkan pada 2018 adalah anugerah bagi mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat tanpa mengharapkan pulangan wang ringgit.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ESSCOM kenal pasti tekong darat seludup PATI, rokok, dadah

Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa lagi