in ,

Annuar Musa: Ada Cuba Ubah Pendirian UMNO, No Anwar, No DAP.

Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata terdapat usaha untuk mengubah pendirian UMNO yang sememangnya tidak akan bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Menurut beliau, pendirian yang dipegang itu sudah pun diterima olah rakan-rakan UMNO tetapi cuba dihakis oleh sesetengah pihak.

“Konspirasi menggagalkan dasar ‘tolak Anwar dan DAP’ (No Anwar, no DAP) sedang berjalan.”

“Akuan berkanun (SD) cuba dikutip, pujuk rayu berterusan, punca kemarahan kepada kerajaan cuba direka, nama istana dan kerabat turut diguna.”

Tidak menamakan individu yang dimaksudkan, beliau menyelar tindakan individu tersebut yang licik kempunan kuasa.

“Mereka pura pura letak DAP di saf belakang agar mereka mudah mempedaya kelompok ‘No DAP No Anwar’.”

“Watak ini telah sekian lama menghantui politik negara. Tetapi mereka mungkin tidak sedar, gerakan mereka sudah di baca.”

Kurang seminggu selepas perbincangan kemungkinan wujud kerjasama UMNO dan PH, meski perundingan tersebut tidak membuahkan hasil, ia menimbulkan persoalan bahawa dua parti yang sekian lama berseteru itu sanggup duduk semeja.

Berita lanjut menyusul. 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dr Dzulkefly: Malaysia Will Surpass China In Number Of Covid-19 Cases

Discussion Amongst PKR Youth Goes Viral, Many Express Disappointment At Anwar