in ,

Angka mangsa maut akibat ribut tropika di Filipina dijangka meningkat

Manila: Menurut kerajaan Filipina, angka kematian akibat ribut tropika Kompasu (Maring) yang mencetuskan banjir kilat serta tanah runtuh meningkat kepada 19 orang manakala 13 mangsa masih dilaporkan hilang.

Memetik laporan Xinhua, pihak Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) menyatakan angka kematian dijangka meningkat hingga ke 30 orang dan mangsa yang maut terdiri dari penduduk wilayah utara Filipina dan Palawan, sebuah pulau yang terletak di luar pulau Luzon.


Agensi itu turut mengatakan ribut tersebut menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di 15 kawasan di empat wilayah, hingga menjejaskan jalan raya serta jambatan dan menyebabkan hampir 2,000 orang dipindahkan ke tempat selamat.

Menurut agensi itu, kerosakan paling besar adalah di wilayah utara Filipina dan kemusnahan tanaman pertanian di kawasan itu dianggarkan bernilai AS$9.7 juta (RM40.3 juta).


Badai tropika Kompasu yang melanda Filipina pada Isnin lalu, adalah bencana taufan tropika kali ke-13 yang membadai negara itu sepanjang tahun ini.

Lebih kurang 20 taufan melanda Filipina setiap tahun. Daripada pulau-pulau arkipelago yang membentuk Filipina, utara Luzon dan timur Visayas terletak di tengah Filipina merupakan kawasan yang paling kerap terjejas.

Taufan dan ribut tropika sering melanda kepulauan Filipina, yang terletak di lingkaran laluan angin taufan di barat Pasifik, hingga meragut ratusan nyawa dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion-bilion dolar.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Askar mengamuk di rumah mertua tembak diri sendiri

2 premis pelacuran aktif semasa PPN dibanteras Imigresen