in

Angka akan terus tinggi- Dr Dzulkefly

Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah kes COVID-19 di Selangor akan terus tinggi untuk satu jangka waktu disebabkan saringan COVID-19 giat dijalan kan di Selangor.

Menurut beliau lagi, dengan menjalankan saringan tersebut jumlah kes positif COVID-19 yang tidak bergejala (asymptomatic) dapat dikesan atau diisolasi sekalli gus memutuskan rantaian COVID-19.

“Angka akan terus kekal tinggi untuk satu jangka waktu dengan kegiatan Saringan massa ini, sebelum ia mula melandai, ketika lebih ramai kes positif dan tidak bergejala (asymptomatic) dapat dikesan dan diisolasi, sekaligus memutuskan rantaian transmisi dan perebakan.

“Ini tujuan utama Saringan Massa supaya kadar positif ujian diturunkan di bawah 5% seperti dianjurkan WHO.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menjelaskan bahawa, Selangor komited untuk terus memperkasakan pendekatan psiko-sosial.

“Selangor komited untuk terus memperkasakan pendekatan dan dukungan psiko-sosial iaitu Find, Test, Trace, Isolate & Support (FTTIS) yang disyorkan WHO, dengan lebih pantas lagi menggunakan RTK-Ag, teknologi dan automasi dalam Trace (Contact Tracing) dan pemantauan pesakit Kategori 1, semasa Kuarantin di rumah masing-masing,” katanya.

Justeru, dengan adanya kolaborasi pelbagai pihak baik diperingkat kerajaan negeri, KKM, PBT, badan bukan kerajaan (NGO), hasrat untuk Selangor melandai keluk sebelum negara mencapai ‘Imuniti Kelompok’ akan mampu mengelak ‘Total lockdown.

Baru-baru ini beliau juga sempat berkongsi pandangan mengenai COVID-19 dalam program bual bicara ‘Big Live’ menerusi Facebook dan Youtube Big Blue TV dengan topik ‘Rakyat gagal atau kerajaan gagal lawan COVID-19’.

https://www.facebook.com/Drdzulfanpage/posts/5525780697494356

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ERL gantung perkhidmatan mulai esok

Sultan of Selangor surprised only 615,210 vaccine doses received