Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Menu

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

in ,

Aktiviti pub, kelab malam terus catat kes ingkar PKP tertinggi

PUTRAJAYA, 5 April -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. Beliau berkata proses nyah cemar dilaksanakan di 83 kawasan di 11 negeri semalam. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 512 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 452 individu telah dikompaun manakala 59 lagi direman.
Aktiviti kelab malam dan pub masih mencatatkan jumlah ditahan paling tinggi dengan 294, diikuti aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal (103) dan acara keraian tertutup (56).
Kawalan di sempadan juga terus dipantau dengan 80 pendatang asing tanpa izin (Pati), enam penyeludup dan seorang tekong ditahan menerusi Ops Benteng.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan pada Ahad.
Menurut Ismail Sabri, sebanyak 1,159 pemeriksaan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan pematuhan SOP dengan 1,151 premis patuh SOP manakala lapan diberi nasihat.
Dalam pada itu, 28,063 individu dari 32 negara pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga 12 September.
Daripada jumlah itu, seramai 10,187 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 69 individu
telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19: Jumlah positif menurun kepada 47 kes

Khairuddin sumbang RM50,000 kepada Pas

Back to Top

Hey Friend!
Before You Go…

Get news notifications before everyone else!


Don't worry, we don't spam

Close
Close