in ,

Aktiviti lapangan Banci 2020 diteruskan

PUTRAJAYA:Aktiviti di lapangan berkaitan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) dan tinjauan rutin Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tetap dilaksanakan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) berikutan peningkatan penularan COVID-19 di negara ini.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pelaksanaan aktiviti di lapangan diteruskan membabitkan edaran poskad ID e-Census, aktiviti bersama komuniti dan penganjuran klinik e-Census di lokasi terpilih.

Mohd Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 berkata kenyataan yang tular dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp kononnya tidak lagi dibenarkan aktiviti banci secara bersemuka dari rumah ke rumah oleh kerajaan, penyelia serta pembanci sehingga hujung tahun ini, adalah palsu.

Beliau berkata, DOSM juga sudah mengambil tindakan penyesuaian semula pelaksanaan Banci 2020, antaranya bagi Fasa Kedua iaitu secara bersemuka yang dirancang pada 7 hingga 24 Oktober, dijadualkan semula kepada 20 Januari hingga 6 Februari 2021.

Penjadualan semula itu, Banci 2020 Fasa Pertama secara dalam talian iaitu e-Census dilanjutkan sehingga 21 Disember ini, yang membabitkan prapendaftaran bagi pengisian e-Census dibuka semula bermula 7 Oktober hingga 30 November, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir menyeru orang awam supaya memberi kerjasama menjayakan Banci 2020 dan tinjauan yang dilaksanakan di samping mengambil langkah berjaga-jaga bersesuaian dengan situasi semasa.

“Ini termasuk memanfaatkan Banci Dalam Talian (e-Census), penggunaan e-survei dan temu ramah melalui telefon atau Computer Assisted Telephone Interview (CATI),” katanya.

Keberhasilan daripada Banci 2020 dan perkhidmatan perangkaan itu adalah ‘statistical evidence’ yang digunakan oleh kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan bukti bagi pembentukan, pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara dalam memastikan tiada yang ketinggalan, katanya.

– BERNAMA

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mira Filzah Beri Semangat Kepada Calon SPM 2020

Kenapa Dengan Bibir Zarina Anjoulie tu?