in

‘Akan pertahan kerusi Parlimen Kuala Pilah’-Eddin Syazlee

Ahli Parlimen Kuala Pilah,Dato’ Eddin Syazlee Shith, akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah pada pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi hantaran Facebook Timbalan Menteri Kerja Raya itu, beliau berkata akan mempertahankan kerusi di Negeri Sembilan itu.

“Saya mestilah, saya akan mempertahankan apa yang ada, kita akan tetap fokus. Tidak kisah, siapa pun lawan kita, kita akan bersedia”, katanya.

Pilihan Raya ke-14, beliau mewakili Bersatu dan memenangi kerusi tersebut dengan undian sebanyak 18,045 sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional yang memperoleh undian 17,845.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Timbalan Menteri tidur dalam majlis graduasi

Timbalan Menteri tidur kerana ‘Keletihan dan kurang sihat’