in ,

AirAsia tak jual data peribadi: JPDP

Kuala Lumpur: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengesahkan tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi kepada firma Amerika Syarikat dilakukan Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia).JPDP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sudah menerima penjelasan syarikat penerbangan tambang murah itu.

JPDP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sudah menerima penjelasan syarikat penerbangan tambang murah itu.

“JPDP menerima penjelasan daripada AirAsia mengenai laporan media berkaitan penjualan data peribadi syarikat penerbangan itu kepada firma Amerika Syarikat.

“Jabatan mengambil maklum tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi yang berlaku serta berpuas hati dengan penjelasan diberikan syarikat itu,” katanya.

Bagaimanapun, JPDP menegaskan perbuatan penjualan data peribadi satu kesalahan mengikut Seksyen 130 Akta Perlindungan Peribadi 2010 (Akta 709) dan sekiranya disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini laporan media mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan terdapat firma pemberi pinjaman di Amerika Syarikat bersedia menawarkan pinjaman sehingga AS$1 bilion (RM4 bilion) bagi perniagaan data syarikat penerbangan itu.

Ia sekali gus mencetuskan perbalahan di antara pelanggan syarikat penerbangan kos rendah itu kerana khuatir maklumat data mereka diperoleh oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mempersoalkan mengenai pematuhan perlindungan data peribadi.

Tony bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemberi pinjaman AS yang berpotensi itu tetapi bercakap mengenai bagaimana aplikasi ‘super’ baru yang didorong oleh data akan menjadi penyumbang keuntungan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang. – METRO

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bekas pesakit COVID-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan

Kerbau Mowgli Malaysia disuntik vaksin HS