in ,

Ahmad Zahid tidak hadir pertemuan PM, pemimpin parti

Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi leaving at the KL court complex after turning up to support Datuk Seri Najib Tun Razak,Thursday, October 25, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

PUTRAJAYA: Pertemuan khas antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ketua parti komponen Perikatan Nasional (PN), pagi tadi diadakan tanpa kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber memaklumkan undangan pertemuan khas berkenaan pada asalnya disampaikan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, malam tadi.

“Pada pengetahuan saya, Datuk (Zahid Hamidi( akan hadir ke pertemuan pagi ini, tetapi tak tahu mengapa tak hadir pula.

“Setahu saya, tiada wakil daripada UMNO yang menggantikan Presiden untuk hadir ke pertemuan berkenaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Laluan masuk ke kompleks Pejabat Perdana Menteri, di sini dipenuhi pemberita daripada pelbagai agensi media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, masing-masing tiba sekitar jam 9 pagi bagi menghadiri pertemuan khas itu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid masih tidak kelihatan sehingga jam 11 pagi, selepas Vigneswaran dan Abdul Hadi keluar meninggalkan perkarangan kompleks Pejabat Perdana Menteri. -BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prihatin Pesakit Kanser Payudara

Mesyuarat Khas Kabinet berakhir, semua kunci mulut