in , ,

Ahmad Mazlan lepas dan bebas dari pertuduhan

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta memberi kenyataan palsu kepada Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dana sama.

Sebutan kes ditetapkan pada 29 September, di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh dan perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas tertuduh selesai membayar kompaun sebanyak RM1.1 juta.

Sebelum ini, Ahmad Mazlan, 55, mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak dan memberi kenyataan palsu kepada SPRM.

Berdasarkan pertuduhan pertama, setiausaha agung UMNO itu didakwa telah menerima wang RM2 juta daripada Najib Razak, yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013 yang ditunaikan sendiri oleh beliau pada hari yang sama.

Pertuduhan itu dikemukan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau didenda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad Mazlan didakwa memberi kenyataan palsu kepada SPRM berkaitan dana sama semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat iaitu Ketua Penonlong Kanan Penguasa, Mohd Zairi Zainal, antara jam 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019, di bilik siding media, Bangunan Parlimen.

Pertuduhan kedua itu dibuat mengikut Seksyen 32(8)(C) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa kepada hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut kenyataan media Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq, peguam mewakili Ahmad Mazlan, proses penyelesaian menerusi pembayaran kompaun itu adalah semata-mata bagi tujuan kes tersebut dan tiada sebarang kaitan dengan apa-apa faktor politik atau luaran, selain agensi siasatan dan agensi pendakwaan yang terlibat.

“Penyelesaian tersebut bukan pengakuan bersalah Ahmad Mazlan terhadap dua pertuduhan dikenakan,  sebaliknya penyelesaian menang-menang (win-win situation) bagi semua pihak dan dibuat menurut undang-undang melalui proses yang telus serta teratur.

“Untuk makluman, jumlah kompaun yang dilunaskan iaitu RM1.1 juta adalah bantuan serta pinjaman daripada rakan-rakan yang telah menyokong anakguam sepanjang perjuangan beliau,” katanya lagi.

Turut dijelaskan, menerusi bayaran kompaun (bukan denda mahkamah) tersebut, status Ahmad Mazlan sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas dan beliau juga tidak hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya akan datang.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bekas tentera enggan di vaksin fail semakan kehakiman

Projek baik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri diperjelaskan