in ,

AHMAD MASLAN PECAL BASI BUKAN PISANG GORENG

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin memperbetulkan kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan seperti pisang goreng kepada pecal basi.

Tambah beliau Ahmad Maslan sesuai disamakan dengan pecal basi kerana ia mengecewakan peminat hidangan ikonik nusantara itu jika ianya basi, dan kalau dimakan juga boleh menyebabkan cirit-birit.

Kadir Jasin berkata jika difahami pemikiran Ahli Parlimen Pontian itu, harapan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal adalah untuk melepaskan beliau dari tuduhan gagal isytihar penerimaan RM2 juta yang diterima dari Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita kena faham pasal apa otak YB Pontian lulusan Victoria University, Wellington, New Zealand ini jadi macam pecal basi.”

“Harapan dia kalau PRU diadakan awal dan Umno/BN menang lepaslah dia daripada tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Mohd Najib Abdul Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PAS TIDAK PEDULI TOHMAHAN MAKAN DUA KOLAM

MCA DIGESA SUARAKAN PENDIRIAN TERHADAP KERJASAMA PAS-PPBM