in ,

Ahli perniagaan bergelar Datuk berdepan 483 tahun penjara

Shah Alam: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dipercayai dalang sindiket kartel penipuan projek-projek kerajaan berdepan penjara sehingga 483 tahun jika didapati bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam.

Tertuduh, Adly Kamarudin, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 69 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kesemua pertuduhan, Adly didakwa melakukan persubahatan dengan mengarahkan para pekerjanya untuk memalsukan 69 dokumen pelbagai projek dengan tujuan menipu Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilakukan antara Jun 2019 hingga September 2020.

Kesemua projek itu termasuk projek jalan, pembinaan kolej dan penghawa dingin di beberapa universiti awam, bangunan hospital, rumah kakitangan Felda serta pemasangan mekanikal kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Pendakwaan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, sekiranya disabitkan kesalahan bagi semua pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin bersertakan syarat tambahan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Pada 7 April lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk hanya mengambil tujuh tahun untuk mengumpul kekayaan melampau yang mencecah jutaan ringgit menerusi penglibatan suspek dalam pelbagai projek kerajaan yang dianggarkan bernilai RM3.8 bilion.

Kemewahan dimiliki Datuk tersebut terbongkar selepas SPRM menahan suspek termasuk melakukan rampasan serta sitaan pelbagai aset antaranya wang tunai, kenderaan mewah, kapal layar dan helikopter persendirian.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ziyad Terlepas Mempertahankan Pingat Emas

SPRM rancang siasatan terhadap dakwaan merasuah doktor bagi dapatkan sijil vaksinasi