Bertempat di pintu utama ibu pejabat PAS, ahli dan penyokongnya berkumpul menggesa kepimpinan parti itu untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kekal bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Turut menyerahkan memorandum kepada pucuk pimpinan parti, penganjur program itu berkata, “kami ingin menyampaikan suara akar umbi parti yang mahukan UMNO kekal berada dalam MN dan menolak kerjasama bersama Bersatu.”

“Kerana kami sudah selesa dan yakin dengan kekuatan yang dibina bersama MN.”

“Oleh itu kami yang berkumpul ini membawa suara akar umbi kepada kepimpinan PAS, dan minta mereka mendengar suara ahli bawahan ini.”

PAS dan UMNO menjalinkan kerjasaman dengan membentuk MN pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun perhubungan kedua parti itu renggang setelah PAS mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu.

Malahan dalam beberapa isu berbangkit pemimpin PAS dilihat berpihak kepada Bersatu dalam beberapa isu membabitkan UMNO dan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Berita selanjutnya menyusul. 

Fadzly Hanaffi Muzayin

By Fadzly Hanaffi Muzayin

Writing opinions about politics, leadership, government, among other things.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *