in ,

AHLI PARLIMEN KL GESA ANNUAR JAWAB SURAT MEREKA

Sembilan ahli Parlimen di Kuala Lumpur menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa segera memberikan maklum balas terhadap surat yang dihantar mereka pada 7 Disember lalu.

Mereka turut menyatakan keinginan untuk berbincang dengan Annuar Musa mengenai isu penubuhan Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan (JaKoWIP), Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kementeriannya.

Ahli Parlimen berkenaan adalah Tan Kok Wai (Cheras), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Teresa Kok (Seputeh), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Hannah Yeoh (Segambut), P Prabakaran (Batu) dan Lim Lip Eng (Kepong).

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ANNUAR MUSA SERU AHLI RAPATKAN SAF

AGONG GESA PIHAK BERKUASA LEBIH PROAKTIF BANTU MANGSA BANJIR