in ,

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia

Minister in the prime minister’s department Datuk Liew Vui Keong showing the copy of the State of the Federation constitution during the press conference in Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada jam 11.50 pagi tadi.

Perkara itu disahkan pegawai beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Difahamkan anggota keluarga memohon diberikan ruang dan tidak bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menurut sumber, keluarga mendiang akan hanya mengeluarkan kenyataan apabila tiba waktu yang bersesuaian.

“Sekiranya hal berkaitan dengan Datuk VK, keluarga akan membuat kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan pada waktu yang sesuai.

“Hingga saat ini kami berharap mereka diberikan ruang dan dihormati,” katanya.

Berita mengenai kesihatan mendiang mula diperkatakan selepas terdapat beberapa pesanan di laman sosial yang meminta orang awam mendoakan Vui Keong yang didakwa berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan paru-paru.

Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah tidak kelihatan sejak pengumuman calon parti itu kira-kira dua minggu lalu.

Mendiang yang berasal dari Kota Belud, dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu meninggalkan isteri, Datin Dr Lindai Lee dan empat anak. – Berita Harian online

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tangguh pendaftaran fizikal pelajar IPT baharu, lama

COVID-19: Selangor rekod 66 kes aktif terkumpul