in ,

Ahli arkeologi temui cebisan peninggalan kuil dinasti terakhir Firaun

Kaherah – Sepasukan ahli arkeologi Mesir-Jerman berjaya menemui sebahagian peninggalan blok serta serpihan kuno menghiasi kuil yang dibina untuk Raja Nectanebo 1, iaitu pemerintah Dinasti Firaun terakhir zaman purba Mesir di tapak arkeologi El-Matariya, iaitu sebuah daerah di Greater Kaherah, timur Sungai Nil.

Menurut laporan media tempatan Mesir, penemuan blok batu yang merupakan sebahagian struktur binaan kuil itu telah dibuat beberapa minggu lalu, sewaktu kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tengah kuil tersebut.


Koleksi bongkah serta serpihan berusia lebih 2,000 tahun itu terletak di bahagian barat dan utara kuil tersebut dan diperbuat daripada batu basalt yang dipercayai berasal digali di daerah utara Greater Kaherah.

Pada zaman purba Mesir, El-Mataraya merupakan sebahagian kawasan Heliopolis, iaitu ibu kota Mesir Bawah yang terletak di utara negara tersebut.

Menurut ketua misi dari pihak Mesir, Aymen Ashmawy dilaporkan berkata, inskripsi hiroglif atau tulisan lambang terdapat pada batu itu merujuk kepada tahun ke-13 dan ke-14 pemerintahan Nectanebo (366 – 365 sebelum Tahun Masihi).


“Bagaimanapun, mumia serta keranda Nectanebo tidak ditemui. Terdapat juga beberapa blok belum siap ditemui dan tiada kerja hiasan selanjutnya telah ditugaskan selepas kematian Nectanebo pada 363 sebelum Tahun Masihi,” katanya.

Pasukan arkeologi itu turut menemui artifak lain seperti sebahagian patung Raja Ramses ke-2, patung babun, batu obelisk kuarzit zaman Raja Osorkon 1 dan kelengkapan ibadat seperti meja upacara bagi Raja Tuthmosis ke-3.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seorang pengunjung maut terjatuh buaian berpusing ‘fun fair’

Remy Gardner Juara Dunia Moto2 musim 2021