in

Agong sifatkan serangan terhadap rakyat Palestin perbuatan keji dan zalim

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pencerobohan dan serangan berterusan terhadap tempat suci umat Islam yang ketiga dan rakyat Palestin sebagai perbuatan keji dan tindakan yang amat zalim serta tidak berperikemanusiaan

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam sebuah kenyataan, berikutan perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Palestin semalam, agong turut menzahirkan sokongan agar Malaysia menerajui bersama negara Indonesia dan Brunei bagi mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis Israel ke atas Palestin.

“Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia menyokong dan mengalu-alukan cadangan untuk persidangan tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diadakan bagi membincangkan isu keganasan Israel terhadap Palestine yang dijadualkan berlansung hari ini, katanya.

“Seri Paduka Baginda bertitah, rakyat Malaysia sentiasa bersolidariti  bersama Palestin, kea rah mencapai asspirasi negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Bailtul mAqdis sebagai ibu kota Palestin.

“Ini juga selari dengan pendirian dan prinsip Kerajaan Malaysia yang tidak berbelah bahagi menyokong usaha penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka, selaras dengan undang-undang dan inisiatif di peringkat antarabangsa” titah yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda juga turut menzahirkan harapan agar seluruh rakyat Malaysia terus memperjuankan prinsip keadilan, sikap hormat menghormati, di samping menolaj serta menentang sebarang bentuk keganasan dan kezaliman manusia.

“Baginda turut menitahkan masjid dan surau mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat selepas solat fardhu magrib esok bagi memohon kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat Rejim Israel,” kata Ahmad Fadil

Seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama berdoa agar rakyat Palestin dilindungi dan tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kematian Haziq disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat

Neighbouring Arab country is a hypocrite