YDPA Perkenan melantik Ismail Sabri PM ke-9. Kredit: Istana Negara
in

Agong perkenan pelantikan Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Perdana Menteri ke-9 dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam sebuah kenyataan berkata, keputusan pelantikan Perdana Menteri ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

“114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri (Ahli Parlimen), jumlah mejoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam (19 ogos 2021) untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,”katanya dalam kenyataan hari ini.

https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/403425477874655

Selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Agong telah berkenan melantik Perdana Menteri ke-9.

Manakala, istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada esok (21 ogos 2021) di Istana Negara.

Agong menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri ini, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi pandemic COVID-19 dengan segera demi kemaslahan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara.

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maria Andrejczyk Lelong Pingat Olimpik Miliknya

PPV Sekitar Lembah Klang Mula Ditutup Secara Berperingkat