in ,

AGONG GESA PIHAK BERKUASA LEBIH PROAKTIF BANTU MANGSA BANJIR

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk membantu mangsa banjir lebih proaktif dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa di pedalaman.

Seri Paduka bertitah, baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membaca beberapa status meminta pertolongan dimuat naik di media sosial seperti Twitter oleh mereka yang terdesak meminta bantuan.

Pihak berkaitan digesa supaya lebih aktif dan yang mempunyai kemudahan helikopter perlu memainkan peranan lebih aktif meninjau kawasan supaya dapat mempercepatkan bantuan pada waktu kecemasan.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AHLI PARLIMEN KL GESA ANNUAR JAWAB SURAT MEREKA

PENIAGA KOTA TINGGI RISAU BANJIR BERULANG