in ,

Adun Sungkai Mahu Kerajaan Permudah Rentas Daerah

Seri Alam OCPD Supt Ismail Dollah (looking into car window) visiting a roadblock in Seri Alam and conducting checks on drivers to ensure they obey the Movement Control Order.

ADUN Sungkai A Sivanesan gesa pihak penguatkuasa mempermudahkan urusan permohonan kebenaran merentas daerah di seluruh perak.

Gesaan itu muncul kerana beliau telah menerima beberapa aduan berhubung permohonan kebenaran merentas daerah yang ditolak oleh pihak penguatkuasa.

Tambah beliau, mempermudahkan urusan rentas daerah itu juga akan menjimatkan masa dari segi permohonan ulang-alik lebih daripad sekali yang ditolak atas sebab-sebab yang tidak munasabah.

“Saya menggesa pihak penguatkuasa untuk mempermudahkan urusan permohonan kebenaran merentas daerah di seluruh Perak.”

“Ini akan menjimatkan masa mereka yang membuat permohonan. Kerana tidak perlu ulang-alik lebih sekali selepas ditolak atas sebab-sebab yang pelik.”

Pada 19 Januari 2021, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKP diperluas ke seluruh negara, kecuali Sarawak, bermula 22 Januari.

Perintah itu kemudian diperluas ke seluruh Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan bermula semalam sehingga 4 Februari 2021.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ZAHID TERUS DIDESAK UNTUK LETAK JAWATAN

PAS Leader Says No Need For Thaipusam Holiday, MCO Is Already One