in ,

ADUN PAS Batal Hadap Sultan Perak

IPOH, 31 Mac -- Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria hadir pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Kinta hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PAS telah membatalkan rancangan mereka untuk menghantar tiga ADUN parti itu, Razman Zakaria (Gunong Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khali Yahaya (Kubu Gajah), menghadap baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Menurut ADUN Gunong Semanggol yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, keputusan membatalkan perjumpaan itu dtanga dari arahan pucuk pimpinan parti.

Perjumpaan yang sepatutnya berlangsung jam 3 petang telah pun disahkan melalui sumber dari istana.

Tiga pemimpin Pakatan Harapan telah pun menghadap Sultan Nazri Muizzuddin Shah antaranya Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dan, Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Datuk Asmuni Awi.

Terlebih dahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan senarai calon Menteri Besar untuk pertimbangan Sultan Nazrin.

Beliau tidak mengemukakan nama dan bilangan calon yang dicadangkan, sebalik menyerahkannya kepada budi bicara Sultan Perak.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nik Nazmi: Pakatan Harapan Failed To Focus On The People

Selangor MCA: Latest Water Crisis Highlights PH’s Past Failures