in ,

Adun Maharani positif Covid-19

Johor Bahru: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Nor Hayati Bachok yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini disahkan positif Covid-19.

Nor Hayati ketika dihubungi, mengesahkan positif virus itu selepas menjalani ujian pengesanan kali kedua iaitu pada Ahad lalu walaupun ketika kali pertama ujian sama dilakukan pada 26 September, didapati negatif.

Beliau memaklumkan dirinya sedangkan mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.

“Apa-apa perkembangan sila baca kenyataan saya dalam Facebook,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Adun Maharani akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan status kesihatan dan keputusan saringan Covid-19 wakil rakyat berkenaan dan keluarganya.

Menerusi kenyataan dikeluarkan PKWR yang dimuat naik akaun Facebook Adun Maharani, laporan polis sudah dibuat selepas pihaknya mengenal pasti individu yang menyebarkan maklumat sulit berkenaan.

“Pihak PKWR Adun Maharani mengambil maklum penularan mesej mengenai status kesihatan Adun Maharani, Nor Hayati Bachok yang turut mendedahkan maklumat peribadi beliau dan keluarga.

“Pihak kami sudah mengenalpasti individu yang mula menyebarkan mesej berkenaan dan membuat laporan polis serta bakal kami susuli dengan tindakan undang-undang.

“Kami menggesa masyarakat menghentikan penyebaran maklumat peribadi beliau dan keluarga yang bercanggah dengan undang-undang dan boleh dikenakan tindakan,” kata kenyataan berkenaan.

Sejak pagi tadi, laporan penuh keputusan saringan Nor Hayati tular di media sosial sekali gus mencetuskan kekecohan.

Menerusi kenyataan berkenaan, Nor Hayati dilaporkan kembali dari Sabah pada 26 September lalu, sebelum menjalani ujian saringan pertama dan didapati negatif.

Walaupun tiada sebarang arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kuarantin atau pengasingan, Nor Hayati dilaporkan mengambil inisiatif sendiri menjalani kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri.

Beliau kemudian menjalani ujian saringan kedua pada Ahad lalu dan menyambung pengasingan kendiri sehingga dimaklumkan keputusannya semalam. – HARIAN METRO

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boleh bayar caj parkir guna aplikasi JomParking mulai esok – DBKL

Penyelidik temui 34 manuskrip simpan rahsia ilmu sains, matematik Melayu