in

Acryl Sani Ketua Polis Negara baharu berkuatkuasa 4 Mei

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik Ketua Polis Negara yang baharu berkuatkuasa 4 Mei ini bagi mennggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyerahkan surat pelantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara yang baharu hari ini.

Menurut, Hamzah Zainuddin pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Saya hendak memaklumkan setelah proses dilakukan SPP dan dipersetujui oleh semua ahli suruhanjaya. Katanya.

Tambahnya lagi, “Semua setuju Acryl Sani diangkat sebagai Ketua Polis Negara yang baru termasuk Tan Sri Abdul Hamid Bador.”

https://www.facebook.com/gengkeselamatannegara/posts/1440629369623232

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Undi 18 tahun akan dilaksanakan- Takiyuddin

130 keluarga Rohingya terima bantuan makanan