in ,

Abang PM tubuh parti baharu, idam hapus PTPTN

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Sebuah parti politik baharu di bawah pimpinan abang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilancarkan hari ini.

Kamarazaman Yaakob selaku Presiden Penaja berkata Parti Kuasa Rakyat (Kuasa) mahu memperjuangkan nasib golongan B40 dan M40 serta membela nasib anak muda. 

“Beberapa perkara asas yang diperlukan rakyat iaitu pelajaran percuma, kesihatan percuma, perumahan, peluang pekerjaan dan penumpuan terhadap para petani menjadi agenda penting. 

“Hari ini pelajaran percuma menjadi nostalgia kepada generasi kami. Perkataan biasiswa dan dermasiswa sudah tertunjal jauh daripada warga kampus. 

“Maka Kuasa akan memperjuangkan dasar pelajaran percuma. Hapuskan PTPTN dan semua bentuk hutangnya dan diganti dengan biasiswa dan dermasiswa. 

“Penghapusan tersebut hanya terpakai kepada anak-anak golongan B40 dan M40,” katanya.

Selain Kamarzaman, jawatankuasa penajanya dibarisi tokoh politik, ahli akademik dan pemimpin masyarakat setempat.

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wajib kuarantin 14 hari pulang dari luar negara, kata PM

Syafie nafi ditahan polis kes salah guna dadah