in ,

Aaron Aziz beri amaran kepada penulis blog

Pelakon, Datuk Aaron Aziz berang dan memberi amaran keras kepada sebuah blog yang mengeluarkan artikel dan tajuk yang boleh membawa fitnah sehingga mengaibkan dirinya dan keluarga.

Aaron, 44, menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya menuntut penggendali blog berkenaan segera menurunkan artikel itu dalam tempoh tiga jam yang diberikan.

Nak beritahu blog ini korang nak buat tajuk pasal diri aku dan keluarga aku, jangan buat tajuk fitnah.

Sekarang aku bagi korang warning, bring down that bloody video ataupun korang tengok apa yang berlaku.

Jangan nak buat kelakar setakat nak suruh orang baca korang punya blog bodoh tu. Saya bagi masa tiga jam, kalau tak turun saya buat report polis, tengoklah apa yang jadi (nanti),” tegas Aaron.

Blog berkenaan memuat naik artikel bertajuk ‘Aaron Aziz Kantoi Dengan Isteri Berasmara Dengan Perempuan Lain’.

Penulisan artikel itu merujuk kepada sebuah entri di IG yang mana menunjukkan Aaron ‘kantoi’ memanggil seorang wanita dengan panggilan ‘sayang’ sebelum diketahui oleh isterinya, Datin Diyana Halik.

Komen berkenaan adalah sekadar gurauan yang turut dibalas oleh Diyana yang memuat naik entri sama di IG miliknya.

Sementara itu, muat naik tajuk artikel berkenaan sudah pun dipadam oleh penulis blog tidak berapa lama kemudian.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pahang minta Kerajaan Pusat buka semula Taman Negara

Jabatan Media BBTV Bekerja Dari Rumah