Penerbit Datuk A Aida merupakan selebriti pertama di negara menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech semalam.

Selebriti tersebut menerima suntikan lebih awal menerusi keanggotaanya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Zaidah Awang atau lebih mesra di sapa Aida berkata, Langkah mengambil vaksin itu adalah tanggungjawab yang disaran kerajaan bagi membendung pandemin COVID-19.

“Nak kata takut tu tidak, saya pasrah je apabila nama tersenarai sebagai penerima vaksin hari ini”, katanya.

Terdahulu, pelakon dan penyanyi kumpulan Elite, Shasa Saidin, menerima suntikan vaksin di Dubai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *