in ,

700 ribu golongan sasar terima Bayaran Fasa 2 BKC

Putrajaya – Peka terhadap keluhan rakyat yang masih terkesan akibat pandemik yang melanda negara, kerajaan umum Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis, 25 November ini.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan peruntukan RM300 juta, bayaran lanjutan itu melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

“Fasa 1 BKC selesai dibuat pada September lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan memanfaatkan hamper 10 juta penerima.

“Semakan status kelulusan, kriteria serta jumlahbantuan boleh dibuat melalui portal rasmi BKC di pautan https://bkc.hasil.gov.my,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi.

Ismail Sabri berkata, pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Disember melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kedai alat ganti kereta hangus dalam kebakaran di Segambut

Suspek menyamar polis, menculik dan membunuh didakwa