in

50,000 syarikat daftar Program Selangor Vaksin

50,000 syarikat menerusi program vaksinasi Selangor Vaksin (SELVAX) dan kira-kira dua juta pekerja telah mendaftar dibawah program tersebut.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari mengesahkan jumlah syarikat yang telah berdaftar dibawah program SELVAX dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak 2.5 juta dos vaksin dan 500,000 daripadanya diperuntukkan kepada masyarakat menerusi SELVA.

Menurut Amirudin Shari, pada Sabtu lalu, sebanyak 18,000 dos vaksin telah diberikan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), di Pusat Konvensyen Tropicana Garderns.

“Menerusi keupayaan yang kita ada, saya percaya kitab oleh memberikan vaksinasi sehingga 16,000 sehari dan mempercepatkan proses vaksinasi di Selangor.

“Ada beberapa kategori yang diberikan secara percuma, antaranya golongan pentadbiran negeri, daerah serta guru-guru,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau turut menegas bahawa program vaksinasi ini, kerajaan negeri Selangor sema sekali tidak mengambil keuntungan. Hal ini berikutan, vaksin yang diberikan adalah secara percuma.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selangor Government denies allegations that they are making profits out of the vaccination programme

Selangor state government to vaccinate 1million workers, including the foreign workers, says MB