in , ,

5 Tempat Makan yang Harus Dikunjungi di Pulau Pinang

Ramai orang Malaysia memang mengakui Pulau Pinang sebagai syurga makanan. Pulau Pinang juga merupakan tempat yang sering dikunjungi pelancong, dan kebanyakan kedai makan memenuhi citarasa pelancong. Tanya sahaja kepada sesiapa yang berasal dari Pulau Pinang, mereka pasti tidak akan mengunjungi tempat yang sering dikunjungi pelancong. Sebaliknya, mereka tahu di mana untuk mencari tempat-tempat makan yang menyediakan makanan yang sangat enak. Berikut adalah senarai beberapa tempat makanan yang harus dikunjungi apabila melawat Pulau Pinang.

  • Nasi Kandar Pokok Ketapang

Terdapat banyak gerai Nasi Kandar di Pulau Pinang dan setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing. Namun, salah satu kedai nasi kandar tidak selalu diketahui oleh orang yang bukan berasal dari Pulau Pinang. Nasi Kandar Pokok Ketapang terletak di lokasi yang strategik di Georgetown, dan tempatnya juga bersih, dan nasi kandar yang dijual amat lazat dengan harga yang berpatutan.

 

Nasi Kandar Pokok Ketapang

38, Lorong Hutton, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 7 pagi – 8 malam setiap hari

 

  • Kedai Makanan Lidiana

Kedai Makanan Lidiana adalah sebuah gerai makanan Melayu di Tanjung Bungah, bersempadan dengan Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Kedai ini terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana makanan yang dihidang, terutama pada waktu makan tengah hari, dan mempunyai reputasi menyediakan makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan. Terdapat banyak hidangan yang boleh dipilih. Sekiranya anda datang dari Georgetown, pergi ke Tanjung Bungah dan anda akan melihat masjid terapung di sebelah kanan anda. Belok kiri dan anda akan melihat papan tanda Medan Selera Tanjung Bunga. Nasi Melayu Lidiana adalah salah satu gerai di medan makanan tersebut. Jika mengunjungi kedai makanan ini, pastikan anda mencuba ayam kicap mereka yang disediakan dengan kuah kicap khas.

 

Nasi Melayu Lidiana @ Medan Selera Tanjung Bunga

Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Waktu operasi: 7:00 pagi – 9:00 malam (Tutup pada hari Ahad)

 

  • Roti Canai Jalan Transfer

Roti canai ini adalah makanan kegemaran orang Pulau Pinang. Ini roti canai yang tersedap di seluruh Malaysia! Kerangupannya dilengkapi dengan kuah ayam yang pekat membuat kekayaan rasanya menyerlah. Kedai ini harus dikunjungi pada awal pagi kerana selalunya, kari akan habis menjelang pukul 11 pgi, terutamanya waktu hujung minggu.

 

Roti Canai Transfer Road

Jalan Transfer, George Town, Pulau Penang

Waktu operasi: 7:30 pagi hingga 1:30 petang setiap hari

 

  • Mee Udang Ilyana Cafe

Mi udang yang dihidang di sini adalah satu-satunya sebab penduduk tempatan datang ke sini. Udang yang dihidang sangat besar dan segar dengan mi yang dimasak dengan sempurna. Terdapat juga beberapa makanan laut segar yang anda dapati di sini, termasuk ikan kukus dan ketam.

 

Mee Udang Ilyana Cafe

10, Gerai JKKK, Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 12:00 hingga 1 pagi setiap hari. Tutup pada hari Khamis kedua setiap bulan.

 

  • Kari Kepala Ikan Restoran Pen Mutiara

Restoran Pen Mutiara dulunya merupakan gerai tradisional yang menjual kari kepala ikan ala Melayu. Tetapi sekarang, ia telah menjadi restoran besar dengan hiasan yang anggun. Salah satu sebab mengapa restoran ini adalah yang terbaik adalah kerana pasar ikan dan pelabuhan tempat para nelayan tiba dengan perahu mereka yang penuh dengan ikan terletak tepat di sudut restoran ini. Oleh itu, mereka boleh menjamin yang ikan yang dihidangi amat segar.

 

Kari Kepala Ikan Restoran Pen Mutiara

Pelabuhan LKIM Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10:30 malam setiap hari

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menggunakan Semula Air Sisa

Muhyiddin ucap takziah kematian PM Bahrain