in ,

5 penjawat awam antara 7 suspek geng samun berkawan ditahan

Kuala Lumpur: Menerusi beberapa operasi tangkapan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini, pihak polis telah berjaya menahan seramai tujuh individu, di mana lima orang suspek di antaranya merupakan anggota Agensi Penguatkuasa Kerajaan kerana dipercayai terlibat dalam kes samun berkawan yang dilaporkan pada 3 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras (ACP), Muhammad Idzam Bin Hj. Jaafar berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah membuat risikan serta pemantauan pada 4 Oktober jam lebih kurang 11.00 malam ke atas suspek kes berkenaan.

“Hasil risikan telah berjaya menangkap seorang lelaki di Jalan Pekan Salak Selatan dan siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam kes tersebut manakala pada 5 Oktober jam kira-kira 1.20 pagi, pihak polis telah menahan seorang lagi suspek lelaki di Pandan Indah, Selangor yang dipercayai turut terlibat sama dalam kes berkenaan.

“Kedua-dua suspek yang ditangkap merupakan warganegara tempatan berumur 25 dan 30 tahun. Menerusi kedua-dua tangkapan itu, pihak polis berjaya merampas sebatang kunci motosikal, sebuah motosikal, satu telefon bimbit dan pakaian yang digunakan oleh suspek ketika kejadian samun,” katanya menerusi kenyataan media.

“Hasil ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek didapati negatif namun hasil semakan mendapati salah seorang suspek memiliki dua rekod lampau melibatkan kes samun,” ujarnya.

Menurut Idzam Jaafar, pada 5 Oktober bermula jam 8.30 pagi, pasukan D9 IPD Cheras telah berjaya membuat tangkapan baharu ke atas tiga lelaki dan dua perempuan warganegara tempatan di empat lokasi berasingan iaitu Salak Selatan, Pudu, Ampang serta Kajang.

“Menerusi tangkapan susulan itu, polis turut merampas sebuah motosikal, sebuah kereta, dua telefon bimbit dan wang tunai bercampur berjumlah RM3,000.

“Kesemua suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 19 hingga 24 tahun. Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua suspek didapati negatif namun dua orang suspek memiliki rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah,” jelas beliau.

Katanya lagi, ketujuh-tujuh suspek kes samun berkawan itu kini ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil serta Balai Polis Salak Selatan dan telah mendapat kebenaran mahkamah untuk direman di bawah Seksyen 117 KTJ bagi melengkapkan siasatan.

“Berdasarkan kesemua tangkapan berkenaan, pihak polis telah berjaya menahan kesemua tujuh suspek yang terlibat dalam kes samun berkawan itu, di mana lima orang daripadanya adalah penjawat awam,” tambah Idzam Jaafar.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gugur Keahlian ADUN Telok Mas serta-merta

Malaysia mampu jadi negara pengeluar vaksin sendiri