in ,

5 lelaki dicari samun warga Bangladesh

JOHOR BAHRU: Polis mencari lima lelaki dipercayai warga tempatan berhubung kes samun membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata lelaki Bangladesh berusia 27 tahun disamun di sebuah kediaman di Jalan Delima, Johor Bahru.

“Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek yang mana mangsa mengalami kecederaan di tapak tangan kiri.

“Semasa kejadian mangsa nampak empat suspek berada di ruang tamu, manakala seorang lagi di luar rumah.

“Mangsa hanya mengalami kerugian dokumen peribadi milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Padzik berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi talian hot line IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182222.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KTMB perkenal kios tiket layan diri tanpa tunai

Subang Jaya diisytihar bandar raya mulai hari ini