in ,

4 loji rawatan jangka operasi 2 jam, bekalan pulih 24 jam lagi

KUALA SELANGOR: Empat loji rawatan air (LRA) yang dihenti tugas berikutan pencemaran bau air dijangka beroperasi semula sekitar dua jam lagi.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, jika LRA itu beroperasi semula dalam tempoh itu, gangguan bekalan air di tujuh kawasan di Lembah Klang tidak akan berlanjutan lama.

Tuan Ibrahim berkata pencemaran bau yang menyebabkan LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2, Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi, tidak begitu serius berbanding pencemaran pada awal bulan lalu.

Katanya, bacaan ujian bau yang dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang pada jam 12.30 tengah malam tadi adalah 1 TON (ukuran kadar bau), manakala bacaan kadar bau di muka sauk LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 3 TON.

Sekiranya keempat-empat LRA itu boleh beroperasi semula dalam tempoh yang dijangka, beliau yakin bekalan air kepada hampir lima juta pengguna dijangka pulih dalam tempoh 24 jam.

“Berdasarkan maklumat terkini di LRA, kita menjangkakan ia mampu beroperasi semula antara sejam atau dua jam lagi.

“Ketika ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi lain yang melakukan siasatan sudah mendapatkan sampel air tercemar dan menghantarnya ke makmal untuk kita mengenal pasti punca pencemaran bau ini,” katanya pada sidang media di Muka Sauk LRA SSP2 di sini, hari ini.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PKPB: Bicara 1MDB Najib ditangguh ke 9 November

Inkues Nora Anne terpaksa ditangguh