in

4 Loji rawatan air telah beroperasi semula

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Ingin memaklumkan bahawa Loji rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 10.30 malam, 4 September 2020 secara berperingkat- peringkat. Keempat- empat LRA ini mengambil masa selama 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA supaya dapat beroperasi sepenuhnya bagi mengisi kolam imbangan sehingga ke paras 4  meter yang dijangka selesai pada jam 8.30 pagi ini, 5 September 2020 sebelum dapat diagihkan kepada para pengguna. Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut Kawasan setelah sistem agihan bekalan distabilkan terlebih dahulu. Ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mengcukupi dan memastikan tiada “airlock” dalam sistem perpaipan.

Air Selangor juga terus melaksanakan pelepasan air mentah dari Empangan Sg. Selangor sebanyak 500 juta liter sehari, Empangan Sg Tinggi sebanyak 800 JLH, HORAS 600 sebanyak 150 JLH dan operasi pengepaman kolam air pula sebanyak 582 JLH untuk membantu proses pemulihan sumber air mentah bagi kempat empat LRA yang kini sedang beroperasi merawat air dengan kapasiti maksimumsebanyak 2,50 JLH

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LINTAS LANGSUNG WALIMATUL URUS : LEFTENAN KOLONEL MISNON & HAIRUNNISA ZAKARIA

Empat beradik pemilik kilang ditahan – Pencemaran bau sungai