in ,

31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri bawah kepimpinan Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, Kuantan pada pagi semalam selepas diperkenan menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Dalam pertemuan itu, Ismail Sabri telah menghadap Seri Paduka Baginda dalam mempersembahkan senarai cadangan anggota Jemaah Kabinet baharu Kerajaan Persekutuan yang telah pun rasmi diumumkan beliau pada hari ini tepat jam 11 pagi tadi.

Seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri baru di bawah kepimpinan Perdana Menteri telah mendapat perkenan Agong yang majoritinya tidak jauh beza , antara kekal Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul; Menteri Kanan Kerjaya, Datuk Seri Hj. Fadzillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Turut kekal dalam kementerian sama adalah Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Seri Saravanan, Datuk Dr Noraini Ahmad, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Alexander Nanta Linggi.

Seperti Menteri Kesihatan dan Menteri Sains Teknologi yang saling melompat jawatan yang sebelum ini disandang Datuk Seri Dr Adham Baba dan Tuan Khairy Jamaluddin, menteri lain yang turut bertukar portfolio juga merupakan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang kini Menteri Pertahanan; Datuk Seri Takiyuddin Hassan kini Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Tan Sri Annuar Musa kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Datuk Saifuddin Abdullah kini sebagai Kementerian Luar Negeri.

Pembentukan Kabinet baharu ini merupakan fomulasi semula berdasarkan situasi semasa negara dalam mengekalkan kestabilan serta meletakkan kepentingan dan keselamatan Keluarga Malaysia melebihi segalanya.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan di Istana Negara pada Isnin 30 Ogos 2021 pada jam 2.30 petang.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Azmin Ali kekal sebagai Menteri Kanan dan MITI

Zuraida Kamaruddin kini terajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi