in , ,

31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri angkat sumpah hari ini

31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Difahamkan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dijangka berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia.

Istiadat ini dijadualka akan berlangsung jam 2.30 petang yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Minggu lalu, Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet termasuk empat Menteri Kanan di  di Jabatan Perdana Menteri.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perdana Menteri rancang jadikan Kilang sebagai PPV

Perlumbaan terpendek dalam sejarah F1