in , ,

30 perusuh halang pembinaan jalan bersebelahan tokong

Salak Selatan: Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang hadir bagi memastikan keselamatan serta kelancaran satu operasi pembinaan jalan yang dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini semalam, telah di serang oleh sekumpulan orang awam yang bertindak ganas.

Ketua Polis Daerah Cheras (ACP), Muhammad Idzam bin Hj. Jaafar berkata, semasa operasi sedang dijalankan pada 28 September kira-kira jam 11.45 pagi hingga 4.00 petang itu, terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina telah merusuh ke tempat tersebut.

“Kumpulan berkenaan dengan membawa kayu dan besi telah bertindak menghalang serta memecahkan mesin jentolak termasuk menyerang anggota polis yang sedang bertugas di tempat kejadian.

Dalam insiden itu, pihak polis telah menahan empat individu berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun untuk membantu siasatan dan kes tersebut di siasat dibawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, operasi yang dijalankan pihak PTG tersebut adalah untuk membina pagar penghadang ‘Hoarding’ bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah bersebelahan sebuah tokong agama dan satu video tular berkaitan isu itu telah dimuat naik di laman Facebook bagi tujuan meraih simpati serta dieksploitasi.

Menurut Idzam Jaafar, pihak polis IPD Cheras menafikan terdapat sebarang tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam mengenai isu terbabit,” jelas beliau.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Saran kerajaan perkenalkan skim pencen sosial dan tingkatkan peluang pekerjaan

Tidak adil paksa pelajar ambil vaksin eksperimental