in ,

3 kanak-kanak hilang ditemukan lemas

Setiu: Operasi mencarian tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang di muara sungai Kampung Mangkuk di sini pada Jumaat lalu, berakhir apabila ketiga-tiga mangsa ditemukan lemas, pada pagi Sabtu.

Mayat dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem, 7, ditemukan jam 2.30 pagi oleh penduduk kampung yang turut serta melakukan pencarian.

Malanakala mayat sepupunya, Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, ditemukan terapung di permukaan air kira-kira enam meter dari lokasi kejadian lebih kurang jam 8.15 pagi.

Sepupu mangsa, Nur Ilyasa Sofiea Mohd Hasry, 19, berkata, mayat ketiga-tiga sepupunya ditemui penduduk dan anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saya bersyukur kerana semua mereka ditemui dalam asa yang singkat. Amni ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian manakala adiknya, Aryan dikatakan ditemui pada jarak 1.5 kilometer,” katanya.

Berikutan penemuan itu, beliau yang mewakili ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam operasi mencari tiga sepupunya itu.

Pada 8 Oktober, mangsa bersama ahli keluarganya dikatakan ke lokasi tersebut untuk berkelah sambil memancing dan pada jam 5.30 petang, ketiga-tiga mangsa dilaporkan lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain air sambil mencari kepah di beting pasir berhampiran muara sungai, kira-kira 50 meter dari tebing.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penerbangan ‘Kapten Kirk’ ke angkasa lepas ditunda

Lebih 37 ribu usahawan gulung tikar sepanjang pandemik COVID-19