in ,

Beranikah UMNO keluar dari PN

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, melabuhkan tirainya, menyaksikan tindakan nekad parti itu bagi mencapai pendirian untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pemimpin tertinggi UMNO juga turut menyeru ahli parti tersebut yang menyandang jawatan menteri, timbalan menteri dan GLC untuk meletak kan jawatan.

Baru-baru ini perhimpunan agung UMNO (PAU), timbul isu bahawa ahli umno perlu meletakkan jawatan menteri, timbalan menteri, GLC segera.

Tetapi lain pula jadinya, mereka meminta nasihat perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehinggakan mereka menerima nasihat perdana menteri untuk kekal dalam kabinet kerajaan perikatan nasional.

Ahli UMNO enggan meletak jawatan menteri, timbalan menteri GLC. Ahli Parlimen padang Rengas Nazri Aziz, menyifatkan kepimpinan Zahid Hamidi selaku presiden, lemah kerana presiden itu tidak dapat mengarah mereka dengan tegas untuk meletak jawatan

Nampak gayanya, makin menjadi isu ini walhal kita tahu, parti UMNO bekerjasama dengan parti PAS, BERSATU bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), sehingga menyebabkan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Persoalannya mengapakah UMNO mahu keluar dari parti Perikatan Nasional (PN)?

Kupasannya bersama saya Dato’ Zaharin Yassin dan kami tampilkan Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pada petang ini dengan tajuk kita ‘BERANIKAH UMNO KELUAR KERAJAAN’.

Saksikan kupasannya jam 2 Petang hari ini (7 April 2021).

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mencipta kepimpinan berintegriti

Government should start reviewing the minimum wage for graduates