in

Bina lebih 600 unit rumah PPR di Kedah- Zuraida

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKPT) merancang membina dua projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu di Kedah membabitkan kos sebanyak RM128 juta.

Menurut menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata kedua-dua projek itu akan dibangunkan di Kubang Pasu iaitu PPR Jitra dan Kodiang di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Untuk PPR Jitra, kita bercadang membina 159 unit rumah pangsa dan kira-kira 500 unit rumah teres dibangunkan untuk PPR Kodiang dengan kos keseluruhan RM128 juta’,jelasnya.

Tambahnya lagi, KPKT bercadang membina pembangunan fasiliti waste to energy (WTE) membabitkan beberapa kemudahan seperti loji dan lain-lain fasiliti yang boleh menjana tenaga dari sisa di Jabi, Pokok Sena dan Semeling, Bedong.

Bukan itu sahaja, tapak pelupusan sampah di dua Kawasan berkenaan juga perlu dinaiktrafkan kepada WTE segera berikutan keadaannya yang agak kritikal.

Menerutnya lagi, pembinaan itu mengambil masa lebih kurang dua tahun dan akan dibangunkan oleh syarikat yang bakall membuat pelaburan kelak sekali gus mampu menyelesaikan masalah pelupusan sampah di negeri ini.

Justeru, “kita bercadang membina Waste Park ialah pembangunan fasiliti setempat untuk tujuan kitar semula secara holistic di Kulim.

“Dengan adanya Waste Park, kita harapkan kilang plastic, besi dan lain-lain dapat ditempatkan di situ serta tiada kilang haram di kedah”, katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baliklah dan hadir ke mahkamah- KPN

‘Najib Razak juga boleh menjadi PM kali kedua’- KB UMNO