in ,

UMNO Perlu Segerakan Pemilihan

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu, dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO.

Beliau turut menggesa UMNO mempercepatkan pemilihan parti bagi membolehkan lebih 3 juta ahli akar umbi menetukan mandat dan hala tuju bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Terdapat tiga kelompok yang kini bertentangan di dalam UMNO antaranya kumpulan yang mahu bergerak bersendirian pada PRU15, kumpulan mahu kekal bersama PN dan satu lagi kumpulan menuntut penjajaran politik baharu dengan parti pembangkang.

“Ketika ini bukan sahaja akar umbi parti, bahkan rakyat juga tidak jelas dengan hala tuju sebenar UMNO ini.”

Pada masa yang sama, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman turut menyatakan bahawa masalah dalaman UMNO sudah sampai ke kemuncak disebabkan kepimpinan lemah.

“Budaya pemilihan UMNO itu perlu diubah dan dihindari daripada politik wang atau pengaruh warlords.”

“Proses pemilihan yang suci akan menentukan kesucian UMNO itu sendiri dan sekiranya amalan budaya politik wang masih menjadi amalan dan pilihan, UMNO tidak akan berubah sampai bila-bila.”

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mantan Menteri Kewangan Cabar Tengku Zafrul

TMJ Benci Syed Saddiq ‘Because He’s Fake’