in ,

UMNO TIADA MASALAH BERSENDIRIAN

Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jika PAS sudah tiada lagi dalam Muafakat Nasional, ia tidak menjadi masalah kepada UMNO untuk berdiri tegu bersendirian.

Mengulas samada ketiadaan PAS akan memberi kesan mendalam kepada UMNO, Nazri Aziz berkata ia bukan perkara yang akan memberi kesan kerana parti itu pernah berdiri sendiri dan menang berkali-kali.

“Umno ini kalau terpaksa stand alone (berdiri sendiri) pun kita boleh.”

“Bukannya (Umno) tak pernah sendiri. Selalu juga menang berkali-kali. Pilihan raya umum (PRU) lepas saja Umno kalah.”

Beliau turut menyatakan bahawa PAS  berkali-kali berdiri sendiri dan tewas namun masih bertanding di PRU.

“Macam PAS, berkali-kali kalah (dalam PRU) tak ada pula kata tak nak tanding ke apa.”

Selain jalinan kerjasama rasmi dengan Umno, PAS juga menjadi sebahagian daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang kini diterajui Bersatu.

Berita selanjutnya menyusul.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SUDAH TIBA MASANYA ZAHID BIMBING UMNO, BUKAN IKUT TELUNJUK NAJIB

GERAKAN GESA KERAJAAN NEGERI TIDAK BOROS BERBELANJA