in ,

SAMBUTAN THAIPUSAM PULAU PINANG BATAL

Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy acara perarakan dua pedati yang membawa Dewa Murugan iaitu kemuncak simbolik perayaan Thaipusam di Pulau Pinang dibatalkan tahun.

Tambah beliau, penganut agama Hindu dinasihatkan, berada di rumah pada 28 Januari ini bagi mengekang dan memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Pembatalan itu susulan peningkatan kadar kes Covid-19 di negeri berkenaan yang menyaksikan lima daerah jatuh ke dalam kategori merah.

“Ini keadaan serius dan kita harus bertanggungjawab untuk membendung wabak itu agar tidak merebak lebih luas.”

“Kami menasihatkan agar penganut Hindu mengadakan upacara sembahyang di rumah masing-masing pada 27 hingga 29 Januari.”

“Kami tidak mahu muncul kluster Thaipusam COVID-19 pula.”

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PM UMUM LANGKAH TERBARU TANGANI COVID-19 ISNIN

UMNO PERLU WASPADA SERANGAN BALAS PPBM