in

211 kakitangan KPKT terima sumbangan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, memberi sumbangan kepada seramai 211 kakitangan KPKT.

Menurutnya, seramai 211 penerima meliputi kakitangan KPKt dari gred 14 kebawah, pekerja pembersihan, anggota RELA serta 87 orang anak-anak warga KPKT yang mendapat asuhan di taska kementerian ini.

Tambahnya lagi, sumbangan tersebut bagi meringankan beban bagi menyambut Aidilfitri.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban serta memberi sedikit keriangan buat mereka dalam menyambut Syawal yang bakal tiba,” tulisnya di Facebook.

Pada majlis tersebut, beliau turut berkesempatan mendengar ceramah ramadan anjuran Puspanita KPKT bersama Prof Nik Salida Suhaila.

Zuraida juga mengingatkan agar menjaga SOP semasa menyambut syawal yang akan menjelma tidak lama lagi.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Syed Saddiq nafi perbualan lucah bersama pelajar sekolah

MKN, please allow cross district on 1st Syawal