in ,

21 Ahli Parlimen Gesa Lanjutkan Operasi Perniagaan

Sebanyak 21 Ahli Parlimen Pembangkang menggesa kerajaan untuk kaji semula waktu operasi premis makanan dan minuman agar tidak terhad sehingga jam 8 malam seperti yang ditetapkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, masa operasi kedai makanan sedia ada memberi kesukaran kepada rakyat khususnya yang perlu membeli makanan sewaktu habis bekerja.

Membenarkan peniaga beroperasi akan membantu memulihkan ekonomi peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta mengalakkan rakyat duduk di rumah.

“Hal ini kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.”

Senarai 21 Ahli Parlimen tersebut adalah Darell Leiking (Penampang), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Hannah Yeoh (Segambut), Yeo Bee Yin (Bakri), Baru Bian (Selangau), R Sivarasa (Sungai Buloh), Salahuddin Ayub (Pulai), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Teo Nie Ching (Kulai), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Samad (Shah Alam), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Maria Chin (Petaling Jaya), Wong Shu Qi (Kluang), Teresa Kok (Seputeh), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Lee Boon Chye (Gopeng), Kasthuriraani Patto (Batu Kawan) dan Nor Azrina Surip (Merbok).

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dana Bina Tiga Dewan Boleh Bina Lima Masjid

DAP Terminates Malim Nawar Assemblyman’s Membership