in ,

20 basikal skuad Itali hilang ‘dikebas’ pencuri

Paris – Sebanyak 20 buah basikal model Pinarello bernilai ratusan ribu euro milik skuad kebangsaan Itali telah ‘lesap’ di bawa lari pencuri semasa berlangsungnya Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI di Roubaix, di sini pada Jumaat lalu.

Kejadian tersebut berlaku pada malam 22 Oktober, pada hari sama pelumba Filippo Ganna dan Jonathan Milan masing-masing meraih pingat gangsa serta perak dalam acara Individual Pursuit. Setakat ini, skuad Itali adalah pasukan yang paling menyerlah di Kejohanan Dunia 2021 itu.


Sebanyak 15 basikal trek dan lima basikal jalanan dicuri di hadapan hotel berhampiran Lille, di mana pelumba Itali menetap sepanjang menyertai kejohanan selama lima hari itu. Antara yang dicuri merupakan basikal berwarna emas yang digunakan pasukan bagi acara Pursuit.

Semua basikal terbabit hilang selepas kakitangan memuatkan basikal terbabit ke dalam sebuah bas mini, yang diparkir di tempat letak kereta peribadi hotel sebelum dibawa pulang ke Itali.

Kerugian bagi setiap basikal milik acara kejar-mengejar berpasukan itu dianggarkan bernilai 25,000 pound (RM143,000) tidak termasuk harga kelengkapan yang mencecah ratusan ribu pound.


Pihak polis tempatan telah lancarkan penyiasatan terhadap insiden tersebut dan mengatakan yang ia bukan kejadian pertama seumpamanya.

Ia disifatkan sebagai pekerjaan ‘profesional’, memandangkan pencuri menjalankan tugas dengan terancang serta teratur dan tahu kenderaan mana untuk dipecah masuk, walaupun kawasan parkir hotel itu berkawal.

Penganjur kejohanan memberitahu pemberita, bahawa penyertaan skuad Itali tidak terjejas susulan pelumba yang kekal bertanding masih mempunyai basikal mereka dan sudah pun selamat menamatkan penyertaan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengaku bersalah menipu, bekas pemandu F4 didenda RM308,500

Polis lupus dadah rampasan bernilai hampir RM40 juta