in ,

2 lagi PKPD di Selangor

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di dua lagi kawasan di Selangor bermula esok sehingga 10 November.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kawasan itu adalah Flat Sungai Emas Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 di daerah Kuala Langat serta Plaza Hentian Kajang.

“PKPD Flat Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 membabitkan tujuh blok flat dan rumah teres membabitkan 1,300 penduduk.

“Plaza Hentian Kajang akan membabitkan 7,500 penduduk,” katanya pada sidang medianya hari ini.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perak lulus belia 18 tahun jadi calon ADUN

Pengecualian caj RM1 ATM MEPS kekal