in ,

2 individu pusat kiraan perjudian ditangkap

Alor Setar: – Bertindak atas maklumat, satu serbuan telah dilakukan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Kulim ke sebuah premis di Jalan Raya Kulim kerana dipercayai menjalankan pusat kiraan (counting centre) perjudian disyaki judi loteri awam tanpa lesen, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat berkata, dalam serbuan di buat pada jam 7.40 petang di premis tersebut telah berjaya menahan seorang lelaki dan seorang perempuan berbangsa Cina yang disyaki terbabit dalam kegiatan haram itu.

“Hasil siasatan mendapati premis terbabit digunakan sebagai pusat kiraan perjudian disyaki judi loteri awam tanpa lesen.

“Peralatan yang disyaki digunakan dalam aktiviti berkenaan turut dirampas termasuk juga wang tunai berjumlah RM81,156,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, kedua-dua suspek yang ditangkap akan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan siasatan lanjut bagi meneliti modus operandi sindiket terbabit dalam menjalankan aktiviti penjualan loteri awam tanpa lessen sedang dijalankan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sumbangan petrol percuma kepada food riders dan frontliners

26 guru di Perlis masih enggan terima vaksin COVID-19