in ,

Sabah catat 533 kes COVID-19 baharu

KOTA KINABALU: Sabah mencatat jumlah positif COVID-19 baharu sebanyak 533 kes dengan lapan kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan media hari ini, berkata daerah Sandakan mencatatkan jumlah kes paling tinggi di Sabah.

“Sandakan mencatatkan kes tertinggi, iaitu sebanyak 167 kes pada hari ini.

“Daripada jumlah ini, 53 kes dari Kluster Bestari, Kluster Harmoni, Kluster Tinusa, Kluster Samudera dan Kluster Jambul, masing-masing mencatatkan satu kes.

“Kluster Surat pula mencatatkan enam kes, Kluster Ramai-Ramai (28); Kluster Mesra (5); dan Kluster Bomba (4) kes.

“96 kes daripada saringan kontak rapat dengan empat kes daripada saringan pekerjaan, empat kes daripada saringan komuniti, satu kes daripada saringan terhadap kes ‘brought in dead’ dan sembilan kes daripada saringan bergejala,” katanya.

Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan daerah dengan jumlah kes kedua tertinggi hari ini dengan hampir separuh jangkitan berpunca dari Kluster Penjara Kepayan.

“Daerah Kota Kinabalu pula mencatat sebanyak 162 kes. Daripada jumlah ini, 65 kes dari Kluster Penjara Kepayan.

“Selebihnya pula sebanyak 10 kes daripada saringan bergejala, enam daripada saringan kendiri, 71 kes daripada saringan kontak rapat, tiga kes daripada saringan sebelum masuk wad dan dua kes daripada saringan sebelum bekerja,” katanya. -BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Institusi Diraja berperanan semak, imbang kerajaan

PM tiba di Bangunan Perdana Putra