in ,

Lelaki tanpa identiti maut, kepala hancur

TAIPING: Seorang lelaki maut dengan kepalanya hancur selepas dipercayai dilanggar kenderaan berat di Jalan Persekutuan Batu 11, Jalan Ulu Sepetang-Redang Panjang, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, identiti mangsa termasuk kerakyatan dan alamat menetap masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisoner Osman Mamat, berkata mangsa dipercayai sedang berjalan kaki sebelum dilanggar sebuah kenderaan berat yang dalam perjalanan dari Batu Kurau menghala Kamunting.

“Mangsa dilanggar dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum kenderaan berat itu beredar dari tempat situ.

“Tiada sebarang kad identiti ditemui pada mangsa. Kini polis sedang mengesan waris si mati dan kenderaan yang terbabit dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Osman berkata, kes dikelaskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang info berkaitan diminta tampil menghubungi polis bagi siasatan lanjut.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya

8 suspek cemar Sungai Gong direman 7 hari