in

130 keluarga Rohingya terima bantuan makanan

Cakna terhadap nasib komuniti Rohingya, gabungan badan bukan kerajaan (NGO), Bantu Malaysia, Go Job dan Drop & Wash hari ini mengagih kan bantuan makanan asas kepada komuniti Rohingya di Sri Kembangan Putra Permai.

Dr Ferwahn Fairis yang mewakili NGO Bantu Malaysia berkata, seramai 130 keluarga menerima bantuan makanan asas ini. Tambahanya, ini merupakan Program tahunan untuk komuniti Rohingya.

“Kalau boleh nak buat lagi kerap tapi setakat ni tahunan lah kita buat donation melalui Facebook hasil derma dari orang ramai kami beli barang asas makanan untuk diberikan kepada komuniti Rogingya dan diedarkan semasa bulan ramadan.”katanya.

Menurut pengasas Go Job, Drop & Wash, Zarina Ismail Tom pula, Kerjasama Go Job, Drop & Wash bukan sahaja membantu dari segi makanan asas kepada pelarian seperti Rohingya malah, turut membantu  golongan B40 dari segi pekerjaan.

“kami membantu pihak golongan  teripinggir dengan memberi mereka  pekerjaan, Latihan bimbingan dan juga makanan, katanya.

Menurutnya lagi, Drop & Wash merupakan sebuah perusahan sosial yang mendapat akreditasi dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimana mereka yang menderma akan mendapat pelepasan cukai yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Gabungan badan bukan kerajaan (NGO), Bantuan Malaysia, Go Job dan Drop & Wash telah membantu 5000 keluarga daripada golongan B40 yang berada di sekitar Lembah Klang dan hanya 10 peratus sahaja bantuan makanan asas di agihkan kepada komuniti pelarian Rohingya.

Untuk memberikan sumbangan, orang ramai boleh melayari Facebook Bantu Malaysia.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Acryl Sani Ketua Polis Negara baharu berkuatkuasa 4 Mei

The contribution is not just for the Rohingya